
" Sesungguhnya orang yang benar benar percaya kepada ayat ayat Kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat ayat itu mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah sombong."
( As-Sajdah : 15 )Berjaya atau gagal.Dua persoalan yang sering kita hadapi.
Naluri manusia cenderung melakukan sesuatu yang terbaik untuk dirinya. Dalam konteks pelajar khususnya pointer menjadi sasaran utama menentukan mereka berjaya atau gagal. Ini disebabkan pencapaian akademik yang bagus pasti menjanjikan peluang kerja yang istimewa.
Jelas bahawa sunnatullah " siapa yang berusaha dia akan berjaya " dan ia tidak boleh disangkal lagi.
Kejayaan bermula daripada angan-angan. Bukan angan-angan mat jenin. Ini angan-angan orang bijaksana.
Sejarah membuktikan, pada zaman Rasulullah s.a.w diwaktu peperangan Khandak tentera Islam dikepong oleh tentera Arab di seluruh kota Arab. Tentera Islam dalam keadaan yang amat kritikal. Rasulullah s.a.w barkata kepada para sahabat " Kota ini ( Konstentinopel ) pasti akan menjadi milik kita, sebaik-baik ketua adalah ketuanya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya "
Digambarkan bahawa walaupun pada waktu itu jika nak dibandingkan tentera Islam dengan tentera kuffar jauh lebih hebat mereka dari segi meterial dan persenjataannya.
Namun Rasulullah memotivasi sahabat untuk berfikir jauh kehadapan, kerana percaya selepas melihat sesuatu itu tidak memberikan nilai yang signifikan tetapi percaya sebelum melihat sesuatu dan bekerja untuk mencapai apa yang kita percaya adalah sesuatu yang hebat.
Pembantu dan PenentuSeorang pelajar itu percaya dia pasti akan memperoleh 3 pointer keatas. Dia yakin dengan apa yang dingini dan berusaha mencapainya itu. Dengan segala keupayaannya dia consisten dengan pelajaran dan sentiasa tetap.
Perjalanan dia menghadapi kejayaan itu adalah faktor pembantu.
Kepercayaan dan keyakinan yang sebenar-benarnya adalah terletak pada faktor penentu. Iaitu Allah taala.
Optimis pada diri bahawa faktor pembantu adalah sebahagian daripada faktor penentu. Supaya ketentuan diakhir nanti kita dapat menerimanya dengan hati yang tenang.